biotropics-wanita-mahu-dari-lelaki.

Apa Wanita Mahu Dari Lelaki? Ini Dia 7 Rasa Yang Wanita Mahukan Sebenarnya

Apaย  wanita mahu dari lelaki? Emm.. Apa sebenarnya wanita mahukan dari seorang lelaki ya? Rajin lipat baju? Ada badan yang sasa macho? Stamina di ranjang yang hebat selepas pakai Biotropics Men’s Formula ๐Ÿ˜๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜๐Ÿ˜…? Atau apa? Sebagai seorang lelaki yang waras dan rasional, kita sentiasa mahukan seorang wanita yang sentiasa setia dan berada di samping kita walau dalam keadaan susah atau senang. Tak gitu?

Jom kita baca sedikit tulisan di bawah! InsyaAllah ia boleh memberikan maafaat!

1. Jujur.

via GIPHY

Ia seakan nampak tidak bernilai. Walau bagaimanapun, jangan pandang rendah betapa banyaknya wanita memerlukan kejujuran daripada lelaki. Sekiranya anda tidak mahu bersamanya pada malam hari dan ingin lepak bersama kawan anda, beritahu dia. Jangan buat alasan dan cerita bodoh tentang berapa banyak kerja yang perlu anda lakukan. Mana-mana wanita tahu bagaimana untuk mencari kebenaran dari kebohongan, tidak kira betapa kecilnya ia kelihatan pada anda. Tapi dengan menipu ia akan menyakitkan hatinya jika tahu kebenaran yang sebenar.

2. Menghormati

via GIPHY

Jika sekarang ini anda masih memikirkan wanita adalah insan yang lemah, maka anda tidak belajar apa-apa tentang mereka, dan perkara ini adalah untuk anda. Mereka memberi anda memori yang indah dan beri inspirasi untuk anda bekerja lebih kuat dan mereka jualah yang membuat para lelaki menjadi bahagia. Wanita tahu nilai diri mereka sendiri dan mengharapkan perkara yang sama berlaku pada diri anda. Jangan lupa untuk ulang lebih kerap dengan menghargai mereka seperti apa yang mereka cakapkan kepada anda. Anda akan melihat kebahagiaan di setiap sudut.

 

3. Sokongan.

via GIPHY

Sudah tentu, kadang kita melalui hari yang sukar seolah mahu give up dengan masalah yang berlaku dan menangis sepanjang hari. Pakar psikologi berkata bahawa wanita lebih emosional dan sering dilanda kesedihan, kemurungan yang lebih kerap dari lelaki. Itulah sebabnya pada saat itu mereka memerlukan bahu untuk menangis dan bercerita tentangnya dengan seseorang.

 

4. Memperhatikan dan ambil peduli.

via GIPHY

Jangan pergi terlalu jauh, jangan call dia 100 kali sehari dan hantar satu juta e-mel. Cukuplah dengan beberapa soalan yang mudah dan ikhlas yang menampakkan anda betul-betul peduli terhadap mereka. Jangan lupa untuk tanya bagaimana hari mereka, bagaimana perasaan mereka hari ini, apa yang mereka mahu, apa yang mereka fikirkan kerana wanita memerlukan soalan spontan yang menceritakan tentang diri mereka.

 

5. Positif

via GIPHY

Pakar psikologi mendakwa bahawa seorang lelaki dan wanita ibarat seperti dua saluran penyambung. Sekiranya salah satu dari mereka dipenuhi dengan cas positif, perkara yang sama akan berlaku kepada sambungan yang lain. Suasana yang baik adalah hadiah terbaik yang dapat diberikan dari seorang lelaki kepada seorang wanita. Hanya senyum lebih kerap, kongsi emosi yang jelas bersamanya dan lihat hasilnya akan dapat tidak lama selepas itu.

 

6. Seorang lelaki dengan rasa humor yang baik

via GIPHY

Saintis telah membuktikan bahawa ketawa adalah satu daripada aphrodisiacs semula jadi yang paling kuat. Jadi berguraulah dengan mereka lebih kerap, tapi harus diingatkan ada perkara yang tak patut jadi bahan gurauan seperti pakaiannya, gaya tudung/ rambut, atau keluarga. Hati-hati! Jika anda fikirkan wanita hanya perlukan berlian, perhiasan mahal, dan perjalanan ke serata dunia, sila buang sampah ini dari kepala anda. Hadiah yang kecil yang kena dengan cara yang bijak akan membuatkan jantung wanita berdegup laju. Hanya dengar dan lihat dengan teliti apa yang dia katakan. Cepat atau lambat anda akan tahu apa yang dia suka seperti contoh sekuntum bunga ros atau menggilai buku-buku penulis sekian nama, atau kasut yang selesa dan sebagainya. Sekarang tahu apa yang anda patut lakukan?

Di akhir cerita, tidak kiralah bagaimana rupa anda atau apa jenis kereta yang anda pandu atau betapa famousnya anda di sosial media. Perkara utama adalah apa RASA yang anda berikan kepada wanita apabila berada bersama anda.

 

Betul tak? ๐Ÿ˜๐Ÿ˜Š