aktiviti masa kawalan terhad- main

Apa Aktiviti Kita Boleh Buat Masa Perintah Kawalan Pergerakan

Berikutan dengan pengumuman yang telah dilakukan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan ke atas rakyat Malaysia yang berkuat kuasa pada 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020, rakyat disaran duduk di rumah bagi mencegah penularan wabak ini. Jadi apa kita nak buat? Apa Aktiviti masa Perintah Kawalan Pergerakan kita nak lakukan?

Walaupun ramai pihak yang masih lagi dilaporkan bekerja, namun sudah ada segelintir pihak yang telah diarahkan bercuti atau bekerja dari rumah yang telah melaksanakan arahan tersebut.

Apa Aktiviti Kita Boleh Buat Masa Perintah Kawalan Pergerakan 1

Rentetan daripada itu, semua aktiviti telah dihadkan dan rakyat disaran untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dek bahayanya wabak tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah juga menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar mengambil serius Perintah Kawalan Pergerakan ini. Masing-masing memainkan peranan yang penting bagi membendung dan memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19 ini.

Buat mereka yang berkumpul bersama keluarga di rumah, mungkin anda masih memikirkan aktviti yang boleh dilakukan bersama ahli keluarga. Hal ini bagi mengelakkan mereka daripada mudah bosan kerana tidak terbiasa dengan pergerakan yang tidak bebas.

Oleh itu, entri kali ini adalah untuk menyarankan beberapa aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga di samping untuk mengeratkan perhubungan kalian.

 

Apa Aktiviti Kita Boleh Buat Masa Perintah Kawalan Pergerakan 2

Aktiviti masa Perintah Kawalan Pergerakan#1 – Mengemas Rumah Bersama

Aktviti masa Perintah Kawalan Pergerakan yang pertama sekali ialah mengemas rumah bersama. Ini ialah masa yang sesuai untuk bersuka-ria bersama ahli keluarga. Mungkin sukar untuk keluar bersama bagi melakukan aktiviti riadah. Namun, anda boleh mengambil inisiatif lain dengan membersihkan halaman rumah atau di dalam rumah sendiri.

Aktiviti ini, di samping boleh mengeratkan hubungan, ia juga boleh membantu anda semua mengeluarkan peluh dan kekal sihat.

 

Apa Aktiviti Kita Boleh Buat Masa Perintah Kawalan Pergerakan 3

Aktiviti masa Perintah Kawalan Pergerakan#2 – Menonton Televisyen Bersama

Bukan mudah untuk mendapat peluang berkumpul bersama ahli keluarga. Jika dilihat pada rutin harian anda, kesibukan jadual kadang-kadang mengehadkan waktu anda bersama anak-anak, bahkan sesama suami isteri juga.

Oleh itu, ambil peluang untuk menonton bersama. Bagi anda yang ada anak-anak kecil, pasti anda tidak ingin mereka bimbang dan khuatir dengan keadaan semasa. Oleh itu, cuba cari siaran yang boleh menarik perhatian mereka dan membuatkan mereka seronok.

 

Apa Aktiviti Kita Boleh Buat Masa Perintah Kawalan Pergerakan 4

#3 – Siapkan Kerja-Kerja Yang Tertangguh

Buat anda yang perlu bekerja dari rumah, ia tidak bermaksud anda boleh mengabaikan kerja itu begitu sahaja. Siapkan kerja-kerja anda sama ada yang tertangguh atau yang baru diperoleh bagi memudahkan urusan anda kelak. Jangan ambil remeh berkenaan hal ini kerana ia adalah amanah yang perlu dilaksanakan dengan baik.

 

Apa Aktiviti Kita Boleh Buat Masa Perintah Kawalan Pergerakan 5

#4 – Video-Call Dengan Orang Jauh

Manakala, buat anda yang ingin pulang menjenguk ibu bapa atau saudara-mara di kampung, lupakan terlebih dahulu hasrat tersebut. Dalam waktu ini, adalah lebih baik untuk menjaga jarak sosial bagi membendung virus ini. Mesti best benda ni dijadikan aktiviti masa Perintah Kawalan Pergerakan! Hehhehe

Pada waktu inilah, anda boleh memanfaatkan teknologi yang ada. Gunakan ia kepada jalan yang benar. Anda boleh menelefon ibu anda di kampung atau jika masing-masing mempunyai rangkaian internet yang baik, kalian boleh membuat panggilan video.

 

Apa Aktiviti Kita Boleh Buat Masa Perintah Kawalan Pergerakan 6

#5 – Mengajar Anak-Anak Mengenai Kebersihan Dan Sains

Waktu inilah anda boleh mengambil peluang untuk mengajarkan mengenai kebersihan yang menjadi titik utama dalam penjagaan kendiri. Anda boleh mengajarkan mereka mengenai peri pentingnya kebersihan yang boleh menjadi salah satu penghalang kepada virus ini daripada terus tular.

Banyak video berkenaan sains dan juga kebersihan yang tular di media sosial. Tinggal anda pilih sahaja video yang bersesuaian dengan anak-anak anda.

 

Aktiviti masa Perintah Kawalan Pergerakan-love

#6 – Mengeratkan Lagi Hubungan Suami Isteri

Aktiviti masa Perintah Kawalan Pergerakan yang terakhir ialah ehem ehem ehem.. Jom kita suami isteri luangkan masa dan kesempatan selepas penat bekerja di rumah( 😁 ) dan melayan kerenah anak-anak dengan melakukan hubungan intim bersama. Maybe masa ni kita akan jumpa teknik baru dan boleh menyelami perasaan dan rasa masing-masing dengan lebih baik lagi.

Rasa badan penat dan takde selera? Jangan risau, Biotropics Mens’ Formula sedia membantu! Dengan pengambilan yang berterusan, ia dapat meningkatkan tenaga badan dan terus meningkatkan libido lelaki!

Tuan boleh dapatkan segera dengan klik link di bawah!! 😁😍😎

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *