Mengenali Dr Ismail Tambi 2

Mengenali Dr Ismail Tambi

Siapa Dr. Ismail Tambi?

 

Dr Ismail Tambi atau nama penuhnya DR. HAJI MOHD. ISMAIL BIN MOHD TAMBI ialah Pakar Sakit Tuan dan Kesihatan Reproduktif Lelaki dan Wanita. Beliau bertugas sebagai Konsultan Kesihatan Seksual dan Reproduktif lelaki dan wanita di Damai Service Hospital, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur selepas bertugas dengan kerajaan lebih 25 tahun. Jawatan akhir beliau bertugas adalah sebagai Ketua Klinik Pakar, Pusat Kepakaran Reproduksi Manusia, LPPKN, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Beliau dilahirkan di Singapura pada 1951, telah berkahwin dan mempunyai empat orang cahaya mata lelaki. Beliau bertugas dengan kerajaan semenjak tahun 1979 sebagai Pegawai Perubatan, bertempat di Hospital Besar Sultanah Aminah, Johor Bharu pada 1979 dan pada 1981 di Hospital Daerah Kota Tinggi. Pada tahun 1984, beliau mula bekerja dengan LPPKN. Pencapaian akademik termasuk Diploma Reproductive Medicine pada 1985 dan pada 1987, menjalani Kursus Clinical Andrology (Sakit Tuan) and Semenologi (Kesihatan Kesuburan Lelaki) anjuran Perbadanan Kesihatan Sedunia (WHO) selama 9 bulan di University Monash, Australia. Beliau juga telah men-jalani Kursus Sijil Lepas Ijazah Perbadanan Kesihatan Sedunia dalam bidang Kesihatan Reproduktif dan Seksual Remaja di Debrecen, Hungary pada 1991.

Beliau pernah membentangkan tidak kurang 60 kertas kerja dalam bidang Kesihatan Reproduktif dan Seksual di dalam dan luar negeri. Beliau ialah Bendahari Kehormat, Persatuan Andrologi Asia dan Oceania (Shanghai, China), Ahli Exco Saintifik, Society for the Study of Aging Male, (Geneva, Switzerland), Ahli Exco Asian Society for the Study of Aging Male, Ahli, International Society of Andrology (USA), Ahli International Society of Impotence and Sexuality (USA), Ahli International Society for the Study of Mens, Health (Vienna, Austria) dan External Research Fellow New England Research Institutes (Boston, USA) dan Expert Panel Untuk Disfungsi Erektil dan pengkaji gejala Disfungsi Erektil. Beliau pernah menulis beberapa buah buku berkaitan dengan bidang beliau.

Dr. Ismail Tambi Mempromosikan Biotropics Men’s Formula

 

Haaa.. ini yang menarik!

Ada dua video terbaru yang dirakam bersama Dr. Dr secara santai mempromosikan Biotropics Men’s Formula dan menceritakan kebaikannya.

Jom kita tonton bersama!

 

P/S:  Untuk info dan manfaat  Biotropics Men’s Formula, mohon anda klik di sini.

Untuk promosi terkini mohon klik pulak kat sini