Ini Senarai 100+ Ubat Kuat Mengandungi Bahan Terlarang Yang Boleh Sebabkan Serangan Jantung Dan Kematian! 2

Ini Senarai 100+ Ubat Kuat Mengandungi Bahan Terlarang Yang Boleh Sebabkan Serangan Jantung Dan Kematian!

Sekarang ini sangat mudah sekali untuk semua orang untuk mendapatkan pelbagai produk ubat. Kalau dulu, kita senang mendapatkan pelbagai lambakan produk ubat di kedia ubat, farmasi atau di pasar malam dan kaki lima juga. Dengan adanya kemudahan internet dan kedai online, maka lagi senang ia untuk dibeli dan diperolehi.

Kalau tanya kaum wanita, produk yang paling suka dibeli ialah produk kesihatan dan juga produk kosmetik. Ya, wanita dan kesihatan memang tidak dapat dipisahkan. Semua maklum. Bagi kaum lelaki pula, bukan proudk kosmetik yang dicari. Apa yang sering dicari oleh kaum lelaki ialah produk untuk menyerlahkan kejantanan mereka iaitu ubat kuat. Bukan setakat untuk lebih kuat, ia juga digunakan untuk mengatasi masalah mati pucuk, ejakulasi awal dan sebagainya. Masalah atau penyakit ini amat ditakuti oleh kaum lelaki. Tak percaya, cuba tanya! Hahahhaha…

Cara yang terbaik bagi kaum lelaki yang menghadapi masalah di atas ialah dengan berjumpa dengan mendapatkan konsultasi dan rawatan dari doktor pakar. Akan tetapi, ramai pula yang lebih suka memilih jalan singkat dengan mendapatkan produk kuat yang tiada kelulusan. Ini terus berlaku walaupun pigak berwajib telah berulang kali memberi amawan mengenai bahaya menggunakan produk tersebut.

Bukan itu sahaja, kandungan-kandungan berbahaya yang ada di dalam ubat kuat ini juga dikatakan boleh menjadi punca kepada serangan jantung dan kematian. Takutnya! 😫πŸ˜₯

Sebuah page di Facebook, Public Health Malaysia telah berkongsi beberapa jenama produk ubat kuat terlarang yang banyak terdapat dipasaran. Jom baca senarai-senarai tersebut dibawah.

UBAT KUAT YANG MENGANDUNGI BAHAN TERLARANG

Sebuah page di Facebook, Public Health Malaysia telah berkongsi beberapa jenama produk ubat kuat terlarang yang banyak terdapat dipasaran. Jom baca senarai-senarai tersebut dibawah.

  1. Kajian menunjukkan, hampir 70% lelaki dewasa Malaysia (40-70 tahun) mengalami masalah β€˜mati pucuk” atau erectile dycfunction
  2. Survey juga menunjukkan, lebih dari separuh dari lelaki Malaysia akan mencari rawatan alternatif termasuk β€˜ubat kuat”, jamu dan makanan tambahan yang dipercayai dapat membantu masalah tersebut.
  3. Banyak ubat kuat di pasaran telah dikesan mengandungi bahan terlarang yang boleh menyebabkan serangan jantung dan kematian.

Berikut merupakan senarai ubat kuat dan produk kesihatan lelaki yang telah di kesan mengandungi bahan terlarang:

  1. Africa Black Ant – Sildenafil
  2. Astirex Kapsul – Sildenafil
  3. Bazooka Capsule – Sildenafil
  4. Bio Rehmannia Plus 400mg Capsule- Tadalafil
  5. Black Night Liquid – Sildenafil
  6. Blue Moon Capsule – Tadalafil
  7. Bull’s Genital Capsule – Sildenafil
  8. Caligula Kapsul – Sildenafil
  9. California Pure Candy B+ Complex Superfood –Fountain of Youth – Tadalafil
  10. Cobra X Kapsul – Sildenafil

11. Emperor Huang Saint Medicine 800mg Capsule – Sildenafil
12. Epimedi Plus Capsule 400mg – Sildenafil analog
13. Etumax Eurycoma Active Plus – Sildenafil
14. Extremen – Tadalafil/Hydroxythiohomosildenafil
15. Extrewomen – Tadalafil/Hydroxythiohomosildenafil
16. G-Bucks Kapsul/Ti. 054316531 – Sildenafil
17. Goji Plus Capsule – Sildenafil analog
18. Han Palace Capsule – Acetildenafil (Sidenafil Analogue)
19. Hard Ten Days Capsule – Sildenafil
20. Honeymoon – Sildenafil

Ini Senarai 100+ Ubat Kuat Mengandungi Bahan Terlarang Yang Boleh Sebabkan Serangan Jantung Dan Kematian! 4

21. Hot Pens Kapsul – Sildenafil Citrate
22. Hwang Di Shen Dan Capsule- Sildenafil Citrate
23. Ibnu Sinna- Sildenafil & Tadalafil
24. Jak-Ban – Sildenafil
25. Jamu Amat Kwat – Sildenafil
26. Jamu Gali-Gali – Sildenafil
27. Jamu Tongkat Sakti – Sildenafil & Dipyrone
28. Jinglida- Aminotadalafil
29. Kopi Rempah Cap Luwak Cobra- Sildenafil & Paracetamol
30. Kuat Tahan Lama Serbuk- Sildenafil Citrate

Ini Senarai 100+ Ubat Kuat Mengandungi Bahan Terlarang Yang Boleh Sebabkan Serangan Jantung Dan Kematian! 5

31. Lak Gao 69 Capsule – Sildenafil Citrate
32. Lavaria Capsule- Sildenafil Citrate
33. Lion Gold APA Kapsul- Sildenafil Citrate
34. Oyster Plus Cap – Tadalafil
35. Long Hwa Tibet Tianxiong 100mg – Sildenafil
36. Power 1 Walnut Tablet – Glibenclamide & Sildenafil
37. Manovel Tablet – Tadalafil
38. Mantap Bro 1500mgSachet – Tadalafil
39. Maxman IV Capsule 3800mg – Sildenafil
40. Kuat Tahan Lama Serbuk- Sildenafil Citrate
41. Mentalk Candy – Aminotadalafil
42. Men’s King 6800mg Tablet- Sildenafil
43. ML Spring Return Capsule- Sildenafil analog
44. ML Viraken Capsule – Sildenafil analog
45. Neo Tasama Kapsul – Sildenafil citrate
46. N-Hanz – Homosildenafil
47. Obat Kuat dan Tahan Lama Khusus untuk Pria Dewasa Tablet – Sildenafil citrate
48. Obat Kuat Tahan Lama Gali-Gali Asli – Sildenafil
49. Obat Kuat Tahan Lama Pusaka Madu Ekstra Strong- Sildenafil &Paracetamol
50. Okura Capsule – Sildenafil Citrate

Ini Senarai 100+ Ubat Kuat Mengandungi Bahan Terlarang Yang Boleh Sebabkan Serangan Jantung Dan Kematian! 6
Ini Senarai 100+ Ubat Kuat Mengandungi Bahan Terlarang Yang Boleh Sebabkan Serangan Jantung Dan Kematian! 7

51. One Night 8 Times – Sildenafil
52. On Man Pembangkit Tenaga Perkasa- Sildenafil
53. Otot Madu Capsule – Sildenafil Citrate
54. LiLong Tablet – Sildenafil
55. Performa Epimedium – Tadalafil
56. Power 1 Walnut Tablet – Glibenclamide & Sildenafil
57. Power V Gold
58. Tongkat + Ginseng – Sildenafil
59. Primalex Capsule – Sildenafil analog
60. Pronoton Capsule – Sildenafil
61. Qian Jin Tri-Improve Capsule For Men – Methoxsalen
62. Qmax Capsule 350mg – Acetildenafil (Sildenafil analogue)
63. Raja Kuat Kapsul Sildenafil Citrate
64. Rama Stamin Capsule- Sildenafil Citrate
65. Ramuan Asy-Syifa – Sildenafil, Paracetamol
66. Red Ant Cream Tablet – Sildenafil
67. Sanomale Capsule – Tadalafil
68. Santi Bovine Penis Erecting Cap – Sildenafil
69. Sari Madu Capsule – Sildenafil Citrate
70. Serbuk Super Ramuan Tiongkok Kuno Chang San – Sildenafil

Ini Senarai 100+ Ubat Kuat Mengandungi Bahan Terlarang Yang Boleh Sebabkan Serangan Jantung Dan Kematian! 8
Ini Senarai 100+ Ubat Kuat Mengandungi Bahan Terlarang Yang Boleh Sebabkan Serangan Jantung Dan Kematian! 9

71. Singha – Obat Kuat & Tahan Lama – Sildenafil
72. Spartan Capsule – Sildenafil analog
73. Sta-lions – Sildenafil
74. Stanson Capsule – Tadalafil & Sildenafil Citrate
75. Sunny Zang Wang Xiong Ying Dan Pil – Sildenafil Citrate
76. Sunny Zang Wang Xiong Ying Kapsul – Sildenafil Citrate
77. Super Jitu 5x Lebih Dahsyat Capsule – Sildenafil
78. Tanduk Rusa Kuat Lelaki Kapsul – Sildenafil Citrate
79. Teraza Capsule – Sildenafil Citrate
80. Tien Sun Pu Sen Jew Nang – Sildenafil &Tadalafil
81. Topmen Capsule – Sildenafil
82. Top One Capsule – Sildenafil Citrate
83. Trebest Plus Capsule – Acetildenafil (Sildenafil analog)
84. Tribulus Plus Capsule 400mg – Sildenafil analog
85. Tripoten Capsule – Tadalafil
86. Urat Dewa – Sildenafil
87. Urat Madu Kapsul – Sildenafil Citrate
88. Urat Perkasa Kapsul – Sildenafil Citrate
89. Urat Kuda – Sildenafil & Paracetamol
90. Urat Madu Black- Sildenafil & Paracetamol

Ini Senarai 100+ Ubat Kuat Mengandungi Bahan Terlarang Yang Boleh Sebabkan Serangan Jantung Dan Kematian! 10
Ini Senarai 100+ Ubat Kuat Mengandungi Bahan Terlarang Yang Boleh Sebabkan Serangan Jantung Dan Kematian! 11

91. Vegrow Cap – Sildenafil analog
92. Venergy Capsule 300mg – Sildenafil analog
93. Vitality Hotton Candy – Aminotadalafil
94. Viagra X – Sildenafil
95. Vimax Capsule – Sildenafil
96. VNG400 – Sildenafil analog
97. Xiangganglilongshengwe Tablet – Sildenafil
98. Xianggang Tianlong Shengwu 2000mg – Sildenafil
99. Xing Shi Jiu Cairan Obat Dalam – Sildenafil Citrate
100. XP Tongkat Ali Supreme Capsule – Tadalafil
101. X-Stive Men 400M 400mg Capsule – Sildenafil
102. Zhong Hua Niu Bian – Asildinafil, Tadalafil, Glibenclamide & Sibutramine
103. Zumex Capsule – Tadalafil

Memang ada bermacam-macam brand dan jenama. Bahan yang terdapat paling common ialah sildenafil

Apakah kesan pengambilan produk terlarang ini?

Kesan yang paling membimbangkan dan ditakuti adalah KEMATIAN. Mengikut kajian yang dijalankan sejak sekian lama, bahan terlarang ini telah terbukti mengandungi bahan yang boleh menyebabkan saluran darah di jantung menjadi sempit, tekanan darah meningkat dengan mendadak dan degupan jantung menjadi kencang.

Antara kesan-kesan lain ialah

  1. Serangan jantung, angina pektoris, degupan jantung pantas, mudah pengsan, hipotensi postural, migrain.
  2. Hidung tersumbat, jangkitan saluran pernafasan,
  3. Kesan sampingan lain adalah sakit kepala, pening, flushing (rasa panas pada bahagian muka, leher dan dada),
  4. Masalah penghadaman, cirit-birit, jangkitan pada saluran kencing dan ruam.
  5. Kemurungan
  6. Perubahan pada penglihatan seperti penglihatan menjadi kabur, penglihatan menjadi biru, atau sensitif terhadap cahaya.

Info Tambahan

  1. Pastikan produk kesihatan yang ingin digunakan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Periksa dahulu status pendaftaran melalui Quest Product Search yang disediakan oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) di http://npra.moh.gov.my atau aplikasi MediQuest di App Store dan Play Store.
  2. Produk kesihatan lelaki atau ubat kuat lain yang tidak tersenarai buat masa ini tidak semestinya tidak mengandungi bahan terlarang.
  3. Diambil daripada senarai β€œProduk Untuk Kesihatan Lelaki Yang Dilarang Penggunaannya Di Negara Brunei Darussalam”.
  4. Malaysia sentiasa membuat kerjasama serantau terutamanya bersama negara jiran seperti negara Brunei Darussalam.
  5. Salurkan aduan atau maklumat tentang sebarang penjualan produk yang tidak berdaftar dengan KKM atau mengandungi bahan terlarang melalaui SisPAA KKM di http://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do.
  6. Kongsikan maklumat perkongsian PHM ini untuk manfaat bersama.

Sumber : Public Health Malaysia