biotropicsmensformula-tongkat-ali-500x500

Khasiat Tongkat Ali-Dia 5 Fakta Tongkat Ali Anda Perlu Tahu

Dalam masyarkat Melayu dan nusantara, nama Tongkat Ali adalah nama yang tidak asing lagi. Khasiat tongkat ali memang banyak. Tongkat Ali atau nama saintifiknya Eurycoma longifolia adalah sejenis herba yang digunakan oleh masyarakat kita sejak berzaman. Ia digunakan secara tradisional untuk merawat pelbagai jenis penyakit, Tongkat Ali sangat terkenal hingga mendapat perhatian dari pakar-pakar dan penyelidik negara luar. Orang putih juga sekarang sangat berminat dengan Tongkat Ali tau

TOngkat Ali juga disebut sebagai Pasak Bumi,Ā Penawar Pahit, Penawar Bisa, Bedara Merah, Bedara Putih, Ginseng Malaysia, Setunjang Bumi, Lempedu Pahit, Payung Ali, Tongkat Baginda, Muntah Bumi dan Petala Bumi.

Walau apa gelaran sekali pun akar Tongkat Ali berada pada martabat yang tersendiri. Di sini, kami senaraikan beberapa fakta dan khasiat ringkas mengenai Tongkat Ali.

1. Jom kenali dengan pokok Tongkat Ali

Khasiat Tongkat Ali-Dia 5 Fakta Tongkat Ali Anda Perlu Tahu 1

Gambar di atas ialah gambar pokok Tongkat Ali. Mesti ramai yang tak penah tengok live kan?šŸ˜šŸ˜ŠšŸ¤£

Secara amnya pokok Tongkat Ali berasal dari Asia tenggara dan mempunyai taburanĀ  majoriti semulajadi di Malaysia, Indonesia, Myammar dan Thailand. Namun sekarang, taburannya telah berkembang ke negara-negara Asia Tenggara yang lain seperti Laos dan Filipina.

Kenapa jadi jadi camni? Ini mungkin disebabkan oleh faktor komersial dan potensi baru yang wujud serta faktor perkembangan teknologi dalam bidang pertanian di rantau Asia Tenggara.

Memang Nusantara ini penuh kaya dengan hasil bumi dan nikmat kurniaan Allah SWT. Alhamdulillah!

Kalau dilihat pada gambar dan bacaan umum, tongkat ali merupakan tumbuhan yang bersifat panjang dan tinggi serta tumbuh menegak tanpa cabang. Tongkat ali yang hidup liar boleh hidup selama berjuta tahun di hutan hujan tropika, mengambil masa yang lama untuk mencapai diameter batang pokok sebesar 6 inci.

Dalam keadaan semula jadinya di hutan, Tongkat Ali tumbuh dengan kadar yang perlahan dan boleh mencapai ketinggian sehingga 15 m dengan garis pusat batang berukuran 20cm. Daunnya berbentuk bujur dengan kelebaran di antara 2cm dan 3cm, dan panjang di antara 8cm dan 10cm.

Daunnya tersusun secara berpasangan pada satu tangkai dengan panjang hingga 100cm. Terdapat 20ā€“30 pasang anak daun bagi setiap tangkai daun yang tersusun secara pilin, sama ada mengikut pusingan jam atau melawan pusingan pada paksi batang.

2. Kegunaan Terbaik Tongkat Ali

Khasiat Tongkat Ali-Dia 5 Fakta Tongkat Ali Anda Perlu Tahu 2

Apa kegunaan tongkat ali ni ya?? Secara amnya tumbuhan Tongkat Ali mengandungi beberapa jenis komposisi kimia seperti Eurycomanol, Eurycomanone, dan Eurycomalactone. Ia sangat bangus untuk kesihatan dan mempunyai nilai yang tinggi dan sungguh berharga!

PAda zaman dahulu, ia hanya digunapakai oleh orang-orang kampung atau luar bandar untuk tujuan perubatan tradisional sahaja dan bukan bertujuan untuk komersial. Akar Tongkat Ali direbus dan dijadikan sebagai ubat sakit kepala, sengal-sengal tulang belakang dan sakit perut.

Di negara Kemboja, Tongkat Ali berfungsi untuk meneutralkan bisa racun dalam badan, merawat demam kuning dan kembung air. Sementara itu, di Indonesia, ia digunakan untuk mengurangkan demam, melegakan mana-mana bahagian badan yang bengkak.

Air rebusan Tongkat Ali ini juga sesuai dijadikan amalan sebagai minuman tonik kesihatan selepas bersalin mengikut kadar yang dibenarkan. Masyarakat di Vietnam pula menggunakan buah dan bunga daripada Tongkat Ali untuk merawat sembelit.

Perghh, sungguh banyak kegunaan dan khasiat tongkat ali ni!

3. Apakah khasiat sebenar Tongkat Ali?

Khasiat Tongkat Ali-Dia 5 Fakta Tongkat Ali Anda Perlu Tahu 3

Umum mengetahui khasiat Tongkat Ali adalah untuk meningkatkan syahwat atau tenaga batin bagi orang lelaki. Akan tetapi selari dengan peredaran zaman dengan teknologi moden serta kajian secara mendalam yang telah dilakukan oleh pakar-pakar dari dalam dan luar negara telah menemukan beberapa khasiat lain yang terdapat pada akar Tongkat Ali.

Menurut Pengarah Kanan Bahagian Tumbuhan Perubatan FRIM,Ā Dr Rasadah Mat Ali, penyelidikan khasiat Tongkat Ali bermula pada 1999 yang mana pihaknya terlibat mengkaji bahan kimia dan juga genetik tumbuhan tersebut. Kata Dr Rasadah,

Hasil kajian kita mendapati penanda kimia tongkat ali sejenis bahan di namakanĀ eurikomanonĀ dan juga sebatian aktif

Penyelidikan tersebut dijalankan di bawah projek utama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu Program Perkongsian Bioteknologi Malaysia-Institut Teknologi Massachusetts (MIT).Ā Kajian kimia mendapati kewujudan sebatian aktif sepertiĀ eurikomanon,Ā eurikomalaktonĀ danĀ eurikomanolĀ (qussinoids) yang banyak di dalam akar.

Sebatian ini telah dikenal pasti berkeupayaan untuk meningkatkan penghasilan hormon testosterone (androgenic) yang diperlukan dalam fungsi kelelakian. Sebatian yang menyebabkan aktiviti tersebut telah dikenal pasti berpotensi untuk dibangunkan sebagai produk nutraseutikal atau farmaseutikal untuk rawatan masalah hormon dan kesuburan.

Hasil kajian juga mendapati bahawa tongkat ali mempunyai sebatian aktif anti malaria dan anti kanser tetapi kajian lanjut mengenai tumbuhan herba tersebut masih dijalankan.

4. Cara pengambilan yang betul

Khasiat Tongkat Ali-Dia 5 Fakta Tongkat Ali Anda Perlu Tahu 4

Orang dahulu kala memang power bab herba ni!

Kita seharusnya merasa kagum dengan orang-orang terdahulu kerana berjaya menemui khasiat akar Tongkat Ali. Dengan tiada penggunaan teknologi canggih, masyarakat terdahulu mampu merungkai khasiat akar Tongkat Ali.

Namun menurutĀ Dr Rasadah Mat Ali lagiĀ cara terbaik ialah dengan mengekstraknya terlebih dahulu secara kimia dan ditulenkan kerana ini cara betul untuk menjadikannya satu ramuan yang tulen dan tinggi khasiatnya.

ā€Jika kita kisar sahaja, ia ibarat memasukkan habuk kayu dalam minuman dan ini membahayakan tubuh pengguna,ā€ katanya.

ā€Pengguna sihat secara umumnya hanya memerlukan 100 miligram sehari sahaja,ā€ ujar Rasadah.Ā 

Apa yang penting dalam pengambilan tersebut, dos penggunaan perlu diambil kira kerana ada kemungkinan ia mengundang risiko kepada pengguna.

5. Apakah risiko yang terdapat pada Tongkat Ali moden? šŸ˜²šŸ˜¬

Khasiat Tongkat Ali-Dia 5 Fakta Tongkat Ali Anda Perlu Tahu 5

Prof. Dr. Ramlan Aziz, Pengarah Loji Pepandu Kejuruteraan Kimia (CEPP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
ditanya mengenai obsesi rakyat negara kita terutama orang Melayu dengan produk prosesan hasilan herba.

Orang Melayu kata beliau, cepat terpengaruh dengan gimik iklan pelaris jualan yang menunjukkan kehebatan produk tertentu tanpa meneliti terlebih dahulu akan kebenarannya.

https://youtu.be/F4CagYTcQa8

Pengguna juga mudah dan cepat mendapat hasil diingini tanpa mengira kesan sampingan produk yang mereka gunakan.

Namun kini, ada dua persoalan besar yang menjadi masalah pokok iaitu sama ada produk berasaskan tongkat ali dan kacip fatimah diproses dengan cara yang betul untuk menjadikannya minuman bertenaga dan, adakah produk tersebut mencapai tahap minimum kandungan sebenarnya.

Persoalan kedua, ialah adakah kandungan tongkat ali atau kacip fatimah tersebut mencukupi untuk melayakkannya digelar minuman daripada tongkat ali sedangkan kuantitinya sangat sedikit.

Kajian awal oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malayusia (FRIM) menunjukkan kandungan tongkat ali dalam kopi campuran adalah jauh daripada dos minuman yang memberi manfaat kepada kesihatan. Malah, ada jenama yang gagal dikesan kandungan tongkat ali dalam produk berkenaan.

Produk Biotropics Mens Formula juga mempunyai kandungan herba tongkat ali iaitu Physta Tongkat Ali yang telah diuji secara klinikal di dalam makmal. Selain itu, dia di perkaya dengan beberapa lain seperti di bawah!

Jom amalkan Biotropics Mens Formula untuk kesihatan diri sendiri dan keluarga! Anda insyAllah berpuashati dengan keberkesanannya.