panggilan sayang

Panggilan Sayang Pada Isteri Mampu Tingkatkan Kebahagiaan Rumah Tangga

Masa bercinta kalau dipanggil dengan panggilan sayang memang rasa seronok tak terkata
hingga merasakan detik bahagia telah tiba.

Kemudian selepas berkahwin, anda masih tetap dengan panggilan sayang itu kerana ia
memiliki banyak manfaat kepada hubungan suami isteri. Sememangnya harus diteruskan oleh suami isteri. InsyaAllah , sumai isteri kekal bersama dan bahagia sampai akhir hayat!

Walaubagaimanapun, sesetengah orang memanggil panggilan sayang dengan nama unik yang lain seperti baby, honey, isteriku dan lain-lain.

Dalam Islam juga diajarkan,  panggilan seorang suami terhadap isterinya atau sebaliknya adalah panggilan yang berisi penghormatan atau penghargaan yang dengannya  boleh saling menguatkan perasaan cinta dan sayang diantara mereka berdua.

Seperti panggilan Rasulullah shalalllahu ‘alahi wa sallam terhadap isterinya dengan sebutan “wahai Humairo
(Yang kemerah-kemerahan), sebagaimana disebutkan didalam beberapa haditsnya, diantaranya hadits yang
diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Aisyah bahwa Rasulullah bersabda,” Beliau menjawab: “Wahai Humaira,
barangsiapa memberi api seakan-akan ia telah bersedekah dengan semua yang telah dimatangkan oleh api
itu, barangsiapa memberi garam, seakan-akan ia telah bersedekah dengan semua yang telah dibuat nikmat
oleh garam itu, barangsiapa memberi minum seorang muslim satu teguk saat ia mendapatkan air, seakanakan ia telah membebaskan seorang budak, dan barangsiapa memberi minum seorang muslim satu teguk
saat ia tidak mendapatkan air, maka seakan-akan ia telah menghidupkannya.”

Nak tahu apakah kelebihan menggunakan panggilan sayang kepada isteri? Jom kita teliti dalam
huraian di bawah ini.

panggilan sayang

Kelebihan Panggilan Sayang Untuk Pasangan

 

Menurut penelitian yang dijalankan oleh para pengkaji, panggilan sayang untuk pasangan ini
memiliki banyak manfaat untuk kesihatan dalam sesebuah perhubungan. Kajian tersebut
dilakukan kepada 1000 orang dewasa.

Subjek yang diteliti ini terdiri daripada orang Amerika dan Eropah, di mana seramai 87 % orang
Amerika sering menggunakan panggilan sayang ini.
Malah keputusannya juga menunjukkan bahawa lelaki lebih banyak menggunakan panggilan
itu kepada pasangannya berbanding wanita.

Hasil penelitian ini juga menunjukkan bahawa 16 % pasangan cenderung lebih bahagia dalam
menjalani hubungan mereka setiap hari.
Selain itu, dengan memanggil sayang kepada pasangan itu dapat mengeratkan lagi hubungan
agar menjadi lebih kuat.

 

panggilan sayang11 Panggilan manja Untuk Suami

pangillan sayang

panggilan sayang#1. Sayang

Ini merupakan panggilan kebiasaan yang selalu orang Melayu guna. Kalau semasa nak
bermanja sayang itu akan terdengar lebih panjang dan menghairahkan.
Tapi, kalau tengah geram, ia menjadi makin pendek dan menyeramkan. Namun, kalau gaduh
terus keluar awak, kau dan hang.

panggilan sayang#2. Abang

Panggilan abang ini menunjukkan tanda hormat pada suami kerana mereka adalah ketua
keluarga yang harus dihormati.

#3. Papa

Kalau rasa nak ambil feel Mat Saleh boleh juga menggunakan dengan nama panggilan papa
dan ia nampak lebih western!

panggilan sayang#4. You

Ini juga merupakan panggilan barat yang selalu digunakan oleh masyarakat sekarang.
Panggilan ini lebih nampak up to date!

panggilan sayang#5. Kanda

Ini kalau isteri minat baca novel dan filem lama mereka lebih suka guna nama kanda. Kadang-kadang kalau nak bergurau dengan suami pun isteri suka guna nama panggilan ini supaya nampak lebih manja dan manis, kan?

panggilan sayang#6. B

Hmmm. Ringkas sangat. Sebut B suami mesti toleh kalau kena panggil dengan isteri. Boleh dikatakan ini adalah panggilan paling pendek dan mudah nak hadam.Kalau Islamik sikit boleh panggil Abi tapi panggilan ini bahaya sikit kalau masa geram kerana ia boleh bertukar jadi lain, haha!

#7. Hubby

Hubby juga selalu digunakan untuk isteri di zaman serba moden kini dan nampak lebih up to date dengan keadaan semasa. Hubby adalah ringkasan dari perkataan husband dalam bahasa Inggeris 😁😁

#8. Oppa

Ini kalau isteri suka tengok cerita Korea memang suka panggil suami dengan panggilan Oppa. Cuba sesekali panggil pada suami anda tengok dia menyahut atau tidak. Ini maksudnya isteri kelihatan lebih manja dan ingin sentiasa di dampingi suaminya yang tercinta.

#9. Baby

Ini panggilan manja yang selalu juga isteri guna untuk panggil suami mereka. Rasa-rasa ramai tak yang guna panggilan yang macam ini?

#10. Honey

Ini pun antara panggilan yang selalu isteri guna untuk suami tercinta. Sweet bersemut kan
kalau dengar? Barulah suami bertambah sayang.
Walaubagaimanapun, ramai juga lelaki yang panggil isteri dengan honey supaya nampak lebih
manis dan menjelaskan si dia betul-betul sayangkan anda.

#11. Encik somi

Biasa juga kita tengok isteri yang panggil suami mereka dengan gelaran ini terutama kalau nak
up status di Facebook tentang perihal suami mereka.

 

Inilah antara panggilan sweet yang selalu isteri guna untuk suami mereka memang comel
habis, kan?

Apa pula panggilan yang selalu anda guna untuk suami? jom kongsikan dengan
kami di bawah.

P/S: Inginkan hubungan suami isteri terus mantap dan berkekalan? Cuba produk Biotropics Men’s Formula!

Jangan lupa tag dan share dengan suami anda! 😀😍😂🤣