biotropics-mens-formula-condom-tenor.gif

Penyebab Mati Pucuk atau Ejakulasi Pra-Matang

Nak tanya sikit orang laki. Misal katalah, kau orang mati pucuk, atau tak boleh tahan lama, apa kau orang akan buat eh?

A. Makan ubat kuat
B. Urut batin
C. Minum kopi jantan
D. Pakai gambir Sarawak
E. Guna minyak lintah

Tak kisahlah apa jawapan yang kau pilih, seharusnya kau orang jumpalah doktor dahulu kerana masalah ni kadang-kadang disebabkan ada penyakit kronik.

Antara penyebab mati pucuk atau ejakulasi pra-matang adalah:

  1. Darah Tinggi
  2. Kencing Manis
  3. Lemah Jantung
  4. Merokok
  5. Hormon tak seimbang
  6. Prostate bengkak
  7. Kemurungan
  8. Tiada stamina / tak cergas
  9. Obesiti
  10. Sesetengah ubat

Bila kau orang jumpa doktor, doktor akan saring apa-apa penyakit dan kemungkinan yang boleh sebabkan kalian mati pucuk atau ejakulasi pra-matang. Kemudian doktor akan rawat atau kawal penyakit itu. Lazimnya, selepas tu, kemampuan kalian akan pulih.

Jika kalian pilih pilihan jawapan A-E tu, kalian sedang cuba rawatan secara rambang. Nasib sabut timbul, nasib batu tenggelam. Mana boleh macam tu. Boleh datang kan mudarat.

Contoh: Kalian mati pucuk sebab kencing manis tak terkawal, tapi kalian pi minum kopi jantan pagi petang siang malam, kononnya nak kasi power balik. Makin mencanak paras gula.

Nanti, bukan senjata yang pacak, tapi batu nisan yang pacak. Huish bahaya.

Contoh lain: Kalian mati pucuk sebab darah, tapi kalian pi pulun ubat kuat yang biasanya akan tingkatkan tekanan darah dan halaju degupan jantung. Sekali pop! Kena strok.

Baik-baik satu anggota terkulai, jadi separuh badan terkulai. Huish bahaya.

Takut nak jumpa doktor? OK macam ni lah. Kau cuba ikhtiarkan perkara-perkara ni dulu.

Bersenam


Senaman kardio boleh tingkatkan stamina dan prestasi jantung. Untuk zakar menegang, jantung kena pam darah ke zakar. Jadi kalau jantung cukup kuat dan ada stamina, maka ketegangan zakar tegar dan anda boleh beraksi lebih lama.

Jaga Pemakanan

Makan makanan yang segar, berkhasiat dan pada kadar yang sesuai dengan keperluan harian kalian. Boleh guna formula pinggan sihat— suku protein, suku karbohidrat dan separuh sayuran/buah buahan. Jangan lupa minum air secukupnya.


Turunkan Berat Badan

Jika kalian gemuk, turunkan berat badan. Jika terlalu kurus, tambah berat badan. Buat secara sihat. Elakkan guna jalan pintas. Alon-alon angger kelakon, kata orang jawa. Biar lambat asal terbuat, kalau bahasa Malaysia.

Panas Badan Sebelum Bersama

Hubungan kelamin ni adalah aktiviti fizikal, maka pasangan perlulah panaskan badan. Tak boleh terus terjah pada acara utama. Perlu bermula dengan aksi santai dan mesra, untuk persediaan fizikal, emosi, dan psikologi.

Gunakan Kondom dan Pelincir


Selain boleh digunakan sebagai perancangan keluarga, kondom dan pelincir mengurangkan sensitiviti pada lelaki mempunyai zakar yang terlalu sensitif kepada rangsangan. Siap ada kondom yang ada pelali.

Kalau dah cuba ikhtiar-ikhtiar di atas, tapi masih mempunyai masalah, masa itu tandanya kena jumpa doktor. Jangan malu beritahu masalah, terus terang sahaja pada doktor agar mudah mereka nak bantu.

Antara rawatan lain yang doktor boleh beri untuk masalah mati pucuk atau ejakulasi pramatang ni adalah:

  1. Rawatan penyakit kronik
  2. Rawatan Psikiatri(jika kemurungan dsb)
  3. Kaunselling (jika masalah rumahtangga)
  4. Ubatan seperti Viagra, Cialis, dsb
  5. Terapi hormon
  6. Penggunaan alatan bantuan (pam, dsb)
  7. Penile implant

Ha! Masa jumpa doktor tu, jangan lupa tanya sekali tentang pilihan jawapan A-E tu. Doktor akan beritahu adakah ia sesuai untuk kalian atau tidak.

OK jelas? Oh ya, ni topik mati pucuk tau, bukan mandul.

Mati pucuk ≠ mandul.
Mati pucuk : zakar tak naik
Mandul : sperma tak hidup

Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Jom dapatkan produk Biotropics Men’s Formula! Ia telah diuji berkesan secara klinikla, lulus KKM dan HALAL Jakim.

Klik di sini untuk membuat tempahan terus! 😁😀

Nak info sepantas kilat? Wasap saya jer! 😊